TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN PAHANG
MAT KILAU
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau
dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar,
Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan
bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran
yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan
dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh
Mat Kilau semasa menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung
tinggi kepahlawanan beliau.
TOK GAJAH
Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu
Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang
terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama
dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris.
Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang
hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat
perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang
lengkap bersenjata.
Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh
Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela.
Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan
Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam
sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan
Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.
Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah
yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang
Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan
berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta
kemahirannya dalam bidang ketenteraan.
Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh
yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang
luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau
merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu
Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai
dari Pulau Tawar.
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN KELANTAN
TOK JANGGUT
Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang
lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras
dada adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada
1853, beliau ialah seorang penentang penjajahan British semasa menentang
pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan. Beliau juga merupakan tokoh
agama Islam yang berjaya menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN PERAK
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN PERAK
DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM
Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar
kelapan Perak yang berketurunan Daeng Salili. Beliau adalah anak Raja Bugis
yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan
gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa
bertanya. Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang British di Perak
dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch),
Residen British Perak.
SUMBER RUJUKAN:
1) https://www.google.com/
2) https://www.wikipedia.org/
3) https://www.youtube.com/
SUMBER RUJUKAN:
1) https://www.google.com/
2) https://www.wikipedia.org/
3) https://www.youtube.com/