Tokoh kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam
memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.Terdapat ramai tokoh yang dapat
dijadikan “role model “ atau idola kepada generasi kini dan yang akan
datang.Segala pengorbanan , rintangan , dan penat lelah mereka berbakti untuk
negara patut dicontohi dan dijadikan panduan.
Kemerdekaan yang
dicapai pada 31 Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk
dicapai.Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu
proses yang sangat panjang.
Keamanan negara
ini sangat penting dalam usaha negara ini menjadi sebuah negara yang maju pada
menjelang tahun 2020.Antara faktor utama kejayaan ini ialah melalui situasi
keamanan dan kesejahteraan negara seniaa terjamin.Dalam nada yang sama , kita
seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang dijajah
dan memerlukan kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak akan
lagi berlaku.
Oleh itu ,
diharapkan agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang ,
menjaga maruah negara dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi
mencapai kemerdekaan.